Wednesday, 25 April 2012

hidup oh hidup...

As salam...
          Lama sudah ku tak update blog ku... hmmm.... barah... sejenis penyakit yang sering dirisaukan oleh semua orang... tidak kira la jenis barah apa pon... tapi ia tetap berbahaya... ku simpati dengan nasib mak long ku... dia menghidap penyakit barah usus.. dah peringkat 4 dah... kimoterapi pon  dah masuk yang kedua.. tapi sekarang doktor dah tidak melakukan kimo lagi sebab keadaan dia dah teruk... dah banyak usaha dibuat tapi nak buat macam mana... hanya berdoa kepada Allah s.w.t..  jika belum sampai masa moga disembuhkan.. namun jika sudah sampai masa mintak dipermudahkan.. moga Allah kurangkan kesakitan yang dirasainya... Insha-Allah... =( Amin......

Friday, 9 December 2011

dugaan...

As salam...

              Dah lama ku tak update blog ku... sbuk dengan hal keluarga dan buat2 sibuk...huhuhu... Macam2 dah berlaku dalam tahun ini... tahun lepas ku kehilangan sahabat karib ku a.k.a adikku... tahun yang sama jugak ku kehilangan cintaku.. tapi jika dibandingkan apa yang ku hilang dan apa yang keluarga ku alami jauh berbeza.. Sungguh ku tak sangka persahabatan yang terjalin selama berbelas tahun hanya berakhir dengan dendaman.. Sekiranya kita mencintai seseorang kita mesti akan sentiasa inginkan kebahagiaan orang tersebut namun ada jugak yang melakukan sebaliknya sehingga sanggup menganiayai orang lain demi kepentingan diri sendiri.. Sampai bila semua ini akan berakhir ku sendiri tidak dapat menjangkakannya... Semua berada di tangan Allah s.w.t.. Ku hanya mampu berdoa semoga semuanya kembali aman dan tenteram.. Insha-Allah... Lagi beberapa waktu tahun baru versi orang putih akan menjelma... Tahun baru Islam telah pon menjelma.. Moga tahun baru ini ku dapat mulakan hidup dengan lebih baik daripada sebelumnya.. Moga ku dapat perbaiki segala kekurangan dan kelemahan selama ini... Amin... =) Kahwin???... ramai kawanku yang sudah mendirikan rumahtangga a.k.a kahwin... tetapi bagiku belum sampai masanya lagi.. Buat masa sekarang ku masih belum jumpa dengan calon yang sesuai.. Dan sudah tentu hal tu bukanlah perkara terpenting yang perlu ku fikir buat masa sekarang... Masih banyak lagi hal lain yang perlu ku ambil kira... Tapi apapon semoga semua kawan2 ku yang sudah ataw on the way ke arah alam rumahtangga bahagia bersama pasangan masing2 dan berjodoh buat selamanya... Amin...  =)

Sunday, 7 August 2011

sifat manusia

As salam...
      Alhamdulillah hari nie dah seminggu kita semua berpuasa... Semoga semua ibadah kita akan diterima oleh Allah s.w.t..... Amin... Tapi walaupun di bulan puasa ini semua orang sedang bersungguh2 beribadah untuk mengejar pahala namun ada jugak segelintir orang yang masih mempunyai rasa dendam ataw hasad dengki di hati. Sehingga sanggup melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia.... Masha Allah... mintak dijauhkan daripada semua tu... Semoga segalanya akan pulih kembali seperti biasa. Moga2.. Insha-Allah..  Amin.. =)

Friday, 29 July 2011

Ramadhan oh Ramadhan..

As salam...

Hanya tinggal beberapa hari ja lagi kita smua umat Islam akan berpuasa... Semoga di bulan yang mulia nanti kita semua akan mempertingkatkan lagi ibadah kita... Sama2 la kita mengejar pahala dan jauhkan dosa... Insha-Allah... Hmm, nampaknya buat sementara waktu nie ku kenalah rehatkan kakiku supaya akan cepat sembuh... Moga2 la... Lebih baik mencegah daripada merawat kan??... Bila menjelangnya bulan posa ku teringatkan arwah sahabatku... Semoga dia tenang di alam sana dan dtempatkan di sisi hamba2-Nya yang beriman... Amin...

Sunday, 10 July 2011

takdir kehidupan..

As salam...

Memang sudah menjadi lumrah hidup bahawa xemestinya apa yg kta rancangkan akan menjadi kenyataan.... Begitu jugak dengan suatu perhubungan.. walaupun ada perancangan untuk hidup brsama2 tetapi tetap akan ada halangan yg menimpa... walaupun dah berkawan selama 7 tahun lebih tetapi kalau bukan jodoh tetap takkan bersama.. tetapi sekiranya berjodoh biarpon berpisah bertahun- tahun tetap akan bersama jugak.. Ku teringat kata- kata dalam satu rancangan televisyen nie.. " kadang- kadang pasangan yang bercinta tetapi masih belum ada apa- apa hubungan yang sah mengikut Islam apabila putus hubungan kekecewaan mereka lebih daripada kekecewaan pasangan yang bertunangan atau pasangan yang sudah berkahwin..."... itu sudah menjadi hal yag biasa terjadi di alam nyata nie.. sehinggakan ada yang sudah tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan mereka kerana kata mereka, mereka tidak mampu hidup tanpa pasangan mereka itu.. Mungkin ku belum alami keadaan seperti itu lagi.. Tapi ku harap ku takkan lalui keadaan yang sebegitu rupa.. moga- moga.. Insha-Allah... Amin... Jadi ku berharap sesiapa di luar sana yang mengalami keadaan macam tu semoga kalian tabah dan sabar menghadapinya.. Yakinlah bahawa Allah s.w.t sentiasa berada di sisi kita walaupun semua orang meninggalkan kita..  Dan cintailah seseorang yang mencintai Allah s.w.t dan balaslah kasih kepada orang yang sudi serta ikhlas menghulurkan kasih kepada kita.... Moga- moga kita semua hidup dalam keredhaan-Nya... Amin... =)