Friday, 29 July 2011

Ramadhan oh Ramadhan..

As salam...

Hanya tinggal beberapa hari ja lagi kita smua umat Islam akan berpuasa... Semoga di bulan yang mulia nanti kita semua akan mempertingkatkan lagi ibadah kita... Sama2 la kita mengejar pahala dan jauhkan dosa... Insha-Allah... Hmm, nampaknya buat sementara waktu nie ku kenalah rehatkan kakiku supaya akan cepat sembuh... Moga2 la... Lebih baik mencegah daripada merawat kan??... Bila menjelangnya bulan posa ku teringatkan arwah sahabatku... Semoga dia tenang di alam sana dan dtempatkan di sisi hamba2-Nya yang beriman... Amin...

Sunday, 10 July 2011

takdir kehidupan..

As salam...

Memang sudah menjadi lumrah hidup bahawa xemestinya apa yg kta rancangkan akan menjadi kenyataan.... Begitu jugak dengan suatu perhubungan.. walaupun ada perancangan untuk hidup brsama2 tetapi tetap akan ada halangan yg menimpa... walaupun dah berkawan selama 7 tahun lebih tetapi kalau bukan jodoh tetap takkan bersama.. tetapi sekiranya berjodoh biarpon berpisah bertahun- tahun tetap akan bersama jugak.. Ku teringat kata- kata dalam satu rancangan televisyen nie.. " kadang- kadang pasangan yang bercinta tetapi masih belum ada apa- apa hubungan yang sah mengikut Islam apabila putus hubungan kekecewaan mereka lebih daripada kekecewaan pasangan yang bertunangan atau pasangan yang sudah berkahwin..."... itu sudah menjadi hal yag biasa terjadi di alam nyata nie.. sehinggakan ada yang sudah tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan mereka kerana kata mereka, mereka tidak mampu hidup tanpa pasangan mereka itu.. Mungkin ku belum alami keadaan seperti itu lagi.. Tapi ku harap ku takkan lalui keadaan yang sebegitu rupa.. moga- moga.. Insha-Allah... Amin... Jadi ku berharap sesiapa di luar sana yang mengalami keadaan macam tu semoga kalian tabah dan sabar menghadapinya.. Yakinlah bahawa Allah s.w.t sentiasa berada di sisi kita walaupun semua orang meninggalkan kita..  Dan cintailah seseorang yang mencintai Allah s.w.t dan balaslah kasih kepada orang yang sudi serta ikhlas menghulurkan kasih kepada kita.... Moga- moga kita semua hidup dalam keredhaan-Nya... Amin... =)